Tuesday, November 22, 2011

RAHSIA DAN KEAJAIBAN JUS MONAVIE


Memperkenalkan Jus berkhasiat dari buah-buahan semula jadi, dirumus secara saintifik yang berfungsi sebagai minuman kesihatan yang lazat dan hebat untuk anda.

Jus MONAVIE adalah gabungan 19 buah-buahan yang berkhasiat dan terbaik di dunia untuk kesihatan. Ia disatukan dalam satu campuran tulen sebagai makanan tambahan anda yang terbaik. buah Acai berry dari hutan Amazon amat kaya dengan anti-oksidan dan bertenaga menjadi ramuan khusus Jus MONAVIE










MONAVIE ~ RAHSIA DAN KEAJAIBANNYA


BUAH-BUAHAN DARI ALAM SEMULAJADI

RAMUAN MONAVIE





  • Vitamin
  • Phytonutrient
  • Dietry fiber
  • Trace mineral
  • Comex carbohydrates
  • Amini acid / protein (menyerupai profile telur)
  • Omega 3, 6, 9 (menyerupai minyak buah kurma)

ACAI BERRY

  • Membantu dan merangsang sistem imun & metaboisma
  • Membantu menghalang pembekuan darah
  • Menjaga kolestero yang baik (HDL) dan mencegah penyakit jantung
  • Membantu mengurangkan berat badan / meawan obesiti
  • Membaiki sistem penghadaman
  • Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
  • Memperbaiki penglihatan
  • Menggalakkan tidur yang lena dan sihat
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Membina otot
  • Mencegah dan merawat Alzheimer
  • Mengandungi anti-alergi
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menggalakkan kitaran darah yang baik
  • Anti-penuaan dan radang
  • Membaiki fungsi seks
  • Membaiki penumpuan minda
  • Anti-oksidan yang tinggi dan berkesan
  • Membantu merawat radikal bebas
  • Kaya dengan vitamin, mineral. Fitonutrien dan lain-lain.

Sunday, September 18, 2011

TRIAL SPM BIO SBP 2011

Friday, August 5, 2011

PENILAIAM KURIKULUM 3 ~ BIO F5

Tak perlu kau risaukan pabila hasil kerja kerasmu tak bernilai apa-apa didunia, yakinlah Allah telah melihat keringat yang menitis dalam peluhmu, telah melihat darah yang menitis dari tubuhmu, dan telah melihat perbuatanmu. Azzamkan dalam sanubarimu, bahawa segala yang kulakukan diatas dunia ini diniatkan semata-mata hanyalah untuk Allah, sehingga tak ada lagi kata, tulisan, dan ekspresi yang keluar dari mulut, pena, dan tubuhmu “keluh kesah” dalam menjalani hari-hari yang sebetulnya indah namun mendadak menjadi tak menyenangkan kerana dirimu sendiri.

ikhlas menjalani

walau tertatih menjalani

walau terluka dalam mendaki

walau keringat dan darah membanjiri

kulakukan demi redho Illahi


" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.

Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Jangan bersedih bila kebaikan Anda tak dihargai orang, sebab yang Anda cari adalah pahala dari Allah.” – Dr. Aidh Al-Qarni –

“janganlah bersedih ketika engkau tak dihargai, tapi bersedihlah jika engkau tak lagi berharga”

Sunday, June 26, 2011

BUAT DIKAU YANG TERCINTA

resah dalam kesepian

kini kerinduan dirimu dimana geranagan

senyumanmu sinar matamu

hadir di dalam impian


sunyi kini kurasakan

inginku titipkan rinduku pada angin lalu

kunantikan dan kunantikan

saat kau datang padaku


kubawa dikau dalam mimpiku

hatiku memanggil namamu

dengarkah dikau suara hatiku

membisik kurindu padamu


dikau yang sangat kusayang

kini berjauhan bilakah masanya bersua

ingin kucurahkan segalanya

buat dikau yang tercinta


Saturday, June 11, 2011

5 Gejala Tanda Penyakit Jantung Yang Anda Perlu Tahu



Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.

1. Sakit dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

2. Sesak nafas

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakitjantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.

Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

3. Bengkak Kaki

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

4. Mudah berpeluh

Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

5. Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Tuesday, June 7, 2011

Posted by Picasa

Saturday, June 4, 2011

Posted by Picasa